BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 4, 2009

TERharu...

bila ku tatap gambar2 kami mase di brunei rase sayu je hati..lagi2 gambar mama and abah.kalo dapat diputarkan balik masa.aku sedih sangat.sepanjang 6hari aku kt sini..rase happy sangat.pagi2 aku bangun..mama da sediakan air milo tuk aku..sebab aku tau mama ambik pasal baby dalam kandungan aku.aku rase sonok sangat..sambil aku taip ni dalm sedar xsedar air mata aku menitik.aku sunyi bile balik kajang nanti.makan minum aku xterurus.aku duk sorang2 je.mama and abah jauh.sayu hati aku bile tengok gambar mama and abah.pasni hidup aku akan kembali seperti biasa,pagi2 bangun buat air sendiri cicah ngn biskut kering pastu tunggu hubby balik keje.ya allah aku sedih sangat.aku sunyi..andai sesiapa dapt mengerti perasaan aku.AKU SUNYI!!!!!!

kecelaruan perasaan...


today 5 july 2009 datz means today is the last day aku, amin n k-rol di brunei..kira2 ade brape jam lagi flight aku mlm ni kul 8:40mlm..sedih rasenye coz kene pisah ngan mama and abah ngan 2 org g adik2 aku..6hari di brunei will be the great moment sampai bile2 sonok sangat.sebab kami sekeluarga jarang dpat jumpe.kalo jmpe pun 2 tahun skali.tapi kali ni lain sket amin nk g mesir bulan 9 ni..aku sedih sangat nanti kalo balik malaysia nanti mesti sunyi balik ye lah kat umah aku duk umah sorang2.thankz to mama and abah yang banyak n sabar layan kerenah aku.kalau boleh aku xnk balik.perasaan rasa bercelaru.sedih..sebab pisah ngan family tapi sonok dapat balik jmpe hubby.tapi aku lebih sedih nk tgalkan mama and abah.lagi2 aku ngah ngandung..aku sunyi sangat kt kajang hubby selalu sebuk keje..sambil taip pon..rase mcm sedih sangat.betul kata pepatah.mase yang gembira dalah sangat singkat jadi kita sebagai insan haruslah pandai manfaat kan nya..to all my followers n fren hargai keluarga anda.kerana keluarga lah segala2 nya bagi kita

hari2 terakhir di brunei- doa selamat ceremony...





nilah sedikit sebanyak gambar2 yang sempat aku upload mase kenduri doa selamat kt brunei..doa selamat sempena adik aku amen yang pakai baju warna merah nak pegi mesir..ni lah last kami adik beradik dapat kumpul.nk kumpul lagi mungkin dapat 4- 5 tahun g kot..detik2 terindah tak kan ku lupakan...

M3ngidam or MeR@Gam?????????

aku pun tak taula yang aku ni meragam ke mengidam..sejak mengandung nih slalu je ngidam nk mkn bende pelik2.pastu kalo aku nk mkn 1 bende tu jgn la silap beli or silap bagi kalau tak aku punye mengamuk perghh xhengat...bukannye aku sengaja pon..pembawak budak la katakan.

Friday, July 3, 2009

i misz him...

rindu sgt kt hubby..dakah die merindui aku sepertimana aku merinduinya...cewah..
tapi hakikatnya...i miss him so much...

Thursday, July 2, 2009

the new look now im 5mnth preggy..




ni la gambar terbaru aku..mase kt brunei..tembam sket je..now baru je 47 kg ade 4bulan g..to all my fren yg nk sgt sgt tgk perut aku..ni lah die gambarnye..jenuh gak la aku menampakan perut aku ni..

FETAL DEVELOPEMENT


NOW IM 5MONTH PREGNANT,AND THIS IS HOW MY BABY LOOK INSIDE MY WOMB..

RENUNGKANLAH..UNTUK TATAPAN SEMUA..

Menjelang bergelar ibu, seorang isteri akan melalui ujian dan cabaran tersendiri. Namun, rasa bahagia mengandungkan anak hasil perkongsian hidup dengan suami membuatkan dia lupa penanggungannya sewaktu sarat mengandung. Memang kadang-kadang rasa agak tidak selesa dengan perut yang membesar.

Suami yang memandang pun rasa ‘rimas’ melihat pergerakan isteri yang terbatas, inikan pula isteri yang menanggungnya. Namun, rasa tidak selesa itu hilang bila timbul bayangan cahaya mata yang bakal ditimang. Isteri sanggup melalui detik ujian dan cabaran sewaktu mengandung demi kasih pada suami dan anak dalam kandungan.

Dalam keadaan sarat mengandung, isteri masih aktif di rumah. Membawa perut yang memboyot, dia masih sanggup turun ke dapur, membasuhkan pakaian suami, menjemur kain baju, basuh pinggan mangkuk, mengelap lantai, membersihkan habuk dan bermacam lagi.Banyak kerja yang dilakukan oleh isteri ini adalah hakikatnya untuk membantu suami membereskan urusan rumah tangga. Kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab bersama itu dibuat oleh isteri demi memberi khidmat bakti kepada suami.

Tidak ada isteri yang merungut kenapa dia harus menanggung sakit bersalin dan berpantang lepas bersalin. Sebaliknya isteri boleh senyum selepas mengalami kesakitan yang tak tertanggung sewaktu bersalin. Selepas berhempas-pulas bersabung nyawa di meja bersalin, beberapa minit kemudian dia boleh melemparkan senyum puas bila menatap wajah suami dan wajah anak yang masih merah. Bukan cerita sakit bersalin yang diluahkan pada suami, tapi cerita gembira menimang cahaya mata.Walaupun isteri tahu sakitnya bersalin, tapi setiap kali mengandungkan anak suami, si isteri tidak pernah meluahkan rasa takut dan ngeri untuk bersalin lagi. Kalau ada suami yang pernah menemani isteri di meja bersalin dan melihat penanggungan isterinya sewaktu meneran anak, dia akan tahu beratnya sakit yang ditanggung waktu itu. Memang isteri terpaksa berhempas-pulas. Mungkin suami tidak akan sanggup melihat isteri menanggung sakit seperti itu lagi, tapi si isteri tetap bersedia mengharungi kesakitan yang sama.

Demi kegembiraan bersama memperolehi cahaya mata, soal sakit dilupa-lupakannya. Pengorbanan isteri ini, jika difahami oleh suami, pasti akan sangat dihargai. Melihat wajah anak-anak, terbayang keperitan yang dialami isteri waktu mengandung dan melahirkannya dulu.Selepas melahirkan anak, isteri harus berkorban pula membesarkan si kecil. Menyusukannya tidak kira waktu, membersihkan najisnya, memandikannya, menyuapnya ketika sudah boleh makan, menadah telinga mendengar tangisannya bila si kecil meragam… Kemudian memenuhi tanggungjawab mendidiknya dan berdepan dengan segala kerenahnya. Belum pun anak itu cukup besar, isteri mengandung lagi dan melahirkan si adik pula.

Terpaksa pula memberi perhatian dan jagaan pada si bayi di samping meneruskan proses jagaan dan didikan kepada si abang atau si kakak. Sebahagian besar keperluan anak-anak ini, isterilah yang membereskannya. Isteri benar-benar menjadi tangan kanan suami untuk memelihara dan mendidik setiap orang anak yang lahir dari zuriat suami.Jarang sekali ada isteri menuntut bayaran dari suami bagi kerja-kerja ‘lebih masa’ yang dibuatnya. Lebih-lebih lagi untuk menuntut gaji. Kalau suami faham dan tahu menghargainya, alhamdulillah. Kalau suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Kalau suami sekali-sekala mahu memberi penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira sudah cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya.
Ini satu kelebihan wanita. Allah jadikan fitrahnya dari segi fizikal dan kehalusan perasaan, mampu menanggung segala macam tugas dan tanggungjawab dalam rumah tangga. Lebih-lebih lagi kalau isteri dapat rasakan apa yang dibuatnya itu akan membahagiakan suami dan mengganjarkan pahala dari Allah. Di situ dia mendapat motivasi dan lebih bersemangat untuk buat bermacam-macam kerja.
Namun, kalaupun suami tidak faham, tidak prihatin dan tidak mahu menunjukkan penghargaan serta pengiktirafan, isteri akan tetap melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga.

P3raS@an kU..

Dah lame rasenye aku tak update blo nih..

banyak yang aku nk share kan ngan followers2 aku kt blog nih...

firstly aku nk cite pasal aku..perasaan aku..ntahlah lately aku rase macam sunyi je..maybe sbb pembawaan baby kot..now im 5 mnth pregnant..perasaan aku selalu rase xsedap je..macam2 aku fikirkan tapi aku xambik port sangat..tapi yang jelasnye aku terasa mcm sunyi sgt..yelah mama abah adik2 jauh kt brunei..aku kt kajang sorang memanglah ade makcik aku.tapi dengan keadaan aku yg mcmni..aku mcm perlu lebih perhatian..hubby plak selalu je sibuk..tapi aku xsalahkn die..die ade keje die..untuk aku gak ngan baby...tapi lately aku selalu menangis..sensitif je rase..aku nk sangat hubby faham yang aku bukan saje2 nk suruh die jgn g jauh2 or blk keje lewat..tapi aku terasa sunyi sangat..ade 1 hari mase tuh hubby ade keje n aku tetibe lapa..mase tuh kt rumah xde ape2 nk mkn..gpun dah mlm..aku gosok perut aku n ckp ngn baby..kite mkn biskut je la mlm ni ye sayang...aku mkn la biskut kering ngan air sejuk alhmdulilah kenyang sket..baby aku mcm paham je xnk susahkan mama die..sambil aku mkn ntah camne tetibe menitik air mata aku..maybe aku rindu kt hubby..sebab mase tuh die ngah sebuk n selalu xde kt umah..

YA ALLAH YA TUHANKU KAU BERIKANLAH AKU KEKUATAN YA ALLAH.KAU KUATKAN HATI AKU UTK MENGHADAPI SEGALA DUGAAN YANG ENGKAU BERIKAN JAUHKAN LAH HATI AKU DARI SEBARANG PRA SANGKA BURUK KAU BERSIHKANLAH HATIKU AGAR AKU KUAT UNTUK HADAPI SEMUA INI KAU LINDUNGILAH SUAMIKU YA ALLAH LINDUNGILAH DIA DARI SEGALA PERSAAN2 YANG AKAN MEROSAKAN RUMAH TANGGA KAMI..KAU CURAHKANLAH KEIMANAN KESEJAHTERAAN UNTUK DIA YA ALLAH.

KAU KUATKANLAH HATI AKU AGAR AKU BOLEH MENERIMA DAN MENGHADAPI,MEMAHAMI KEADAAN SUAMIKU YA ALLAH..KAU BUKA KAN LAH HATIKU AGAR AKU REDHA NENERIMA KEADAAN TUGAS SUAMIKU YANG SESUNGUH NYA AKU SENDIRI TIDAK MAMPU UNTUK MEMAHAMINYA YA ALLAH.SESUNGGUHNYA KAULAH MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG..KAU LIMPAHKAN DAN MURAHKAN REZEKI SUAMIKU YA ALLAH..KAU BERIKAN LAH DIA KESEJAHTERAAN DARI SEGI KESIHATAN NYE YA ALLAH..SESUNGGUHNYA HAMBA MU INI AMAT MENYAYANGI AHUBUNGAN PERKAHWINAN INI YA ALLAH..KAU TELAH BERIKAN HAMBA MU INI SUAMI YANG AMAT BAIK HAMBA AMAT BERSYUKUR YA ALLAH..SESUNGGUHNYA HANYA ENGKAU SAJA YANG TAU BETAPA SAYANGNYA HAMBA MU INI PADA INSAN BERNAMA MOHD SABRI BIN MOHD YUSOF.SESUNGUHNYA..SYURGA HAMBA DI BAWAH TELAPAK KAKINYA YA ALLAH
DARIPADAMU AKU DTG DAN DARIMU JUALAH AKU MEMOHON..

AMEN YA RABBAL ALAMIN..